Robert Frost said;

"Poetry is when an emotion has found its thought and the thought has found words"

Saturday, June 28, 2008

kalaulah kalau

Kalaulah aku sejahat setan
akan ku hapuskan kau perlahan lahan
dari segala untung dan kebaikan

Kalaulah aku sebusuk hati
akan ku biarkan kau terseksa mati
agar hancur berkecai impian nanti

Kalaulah aku sekejam batu
akan ku biar kau pening mati kutu
meneguk malu datang melulu lulu

alangkah bahagianya kehidupan
kalau kau tidak pernah terjebak kehadapan
tiada pertelingkahan
tiada penipuan
tiada perlaku-lakuan

kalaulah dahulu riang kenangan
dapat diputar kembalikan
nescaya berkekalan teman seperjuangan

* manusia yang sekelip mata berjaya kerana usaha bersama sahabat tapi sanggup membelakangi erti sebuah persahabatan tidak kekal lama*

1 comment:

Hanim Amron said...

* manusia yang sekelip mata berjaya kerana usaha bersama sahabat tapi sanggup membelakangi erti sebuah persahabatan tidak kekal lama*

//jiwa paling sakit bila sedar orang yang bernama kawan rupanya lawan.

blog yang menarik! :)